Pengikut dan Ex-smgrian
Wednesday, March 2, 2011
Dasar hukum dalam Islam
Sesuatu perkara itu asalnya halal atau harus (mubah) kecuali ada nas yang teguh bahawa Allah mengharamkannya.
Hukum Allah adalah hak Allah sahaja. Manusia tidak berhak campur tangan atau cuba membuat hukum sendiri kerana Allah sahaja Yang Maha Mengetahui hikmah di sebalik hukumNya.
Apabila manusia enggan menerima hukum Allah, lalu yang halal diharamkan dan yang haram dihalalkan, perbuatan itu menghampiri syirik kerana cuba menandingi hak Allah.
Hukum Allah ada sebabnya, maka apa jua yang diharamkan oleh Allah pastilah ada mudarat atau bencananya.
Setiap perkara yang dihukumkan haram ada gantinya yang halal dan yang lebih baik.
Apa juga amalan yang membawa kepada yang haram adalah juga haram. Apa juga ikhtiar atau tipu helah untuk menutup perkara yang haram dengan nama halal tetap juga haram. Perbuatan haram walaupun dilakukan dengan niat baik tetap juga haram.
Hukum Allah berubah dalam keadaan darurat. Maka sesuatu yang asalnya haram menjadi halal dalam keadaan sempit, asalkan amalannya tidak melampau.
Antara yang halal dan yang haram ada yang bersifat syubahat. Menjauhinya sama seperti menjauhi yang haram.
Hukum halal atau haram dalam Islam meliputi seluruh manusia, maka tidak ada manusia yang mengatasi hukum Allah atau dikecualikan daripada hukumNya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment