Pantai Teluk Nipah (imej dari izalifa.blogspot.com)
Pantai Teluk Nipah terletak di dalam daerah Manjung.
Perjalanan ke Pantai Teluk Nipah mengambil masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dari Pasir Bogak sama ada dengan menaiki van mahupun motosikal.
Keistimewaan Teluk Nipah adalah airnya yang jernih dan batu karang berwarna-warni selain kaya dengan spesies gamat (sea cucumber) sesuai untuk perubatan.
Para pengunjung juga berpeluang untuk melihat pemandangan pada waktu malam yang cukup menarik dan cantik sesuai bagi pasangan suami isteri berbulan madu.
Penyediaan kemudahan seperti resort dan chalet dengan tawaran harga berpatutan amat sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Bagi pengunjung yang gemar aktiviti sukan air seperti jet ski, snorkeling dan bot laju disediakan dengan harga berpatutan yang pastinya memberi kepuasan kepada pengunjung.
Jika ada yang gemarkan sukan air lasak, 'banana bot' yang pastinya memberi satu pemandangan cukup luar biasa dengan keseronokan tidak dapat digambarkan.
Pengunjung akan berasa lebih teruja lagi apabila melihat sendiri pelbagai jenis ikan berwarna-warni di dasar laut.
Manakala bagi pengunjung yang ingin membeli sebagai kenangan, pelbagai kraftangan tempatan hidupan laut seperti kerang dan siput, baju batik, selipar, topi, key-chain dan baju T yang bercorak Teluk Nipah dan juga Pulau Pangkor turut dijual dengan harga cukup murah.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment