SYDNEY – Wanita yang memiliki ijazah mempunyai keinginan yang lebih untuk berkahwin berbanding saudara perempuan mereka yang kurang berpendidikan, lapor seorang penyelidik di Universiti Monash di Australia.
Menurut laporan universiti itu, berdasarkan analisis data banci kebangsaan pada tahun 2006, mendapati bilangan suami isteri bertambah di kawasan yang terdiri daripada golongan berpendidikan tinggi dan kaya.
“Terdapat satu perkembangan baru yang sedang berlaku sekarang,” kata seorang penyelidik Genevieve Heard dari Pusat Populasi dan Perbandaran Universiti Monash.
“Terdapat tanggapan yang sudah sebati bahawa wanita yang lebih berpendidikan dianggap kurang bersifat tradisional dan memiliki kebebasan kewangan kurang memerlukan atau berminat untuk berkahwin.
“Bagaimanapun, kini, berdasarkan data pada 2006, kita dapat melihat yang corak tersebut telah berubah di mana wanita dengan kelayakan universiti terutamanya yang mempunyai ijazah berkeinginan untuk berkahwin daripada rakan yang kurang berpendidikan,” katanya.
– AFP
No comments:
Post a Comment