Hasil kajian itu yang dipetik Financial Times, melaporkan bahawa apa yang ditemui pelajar berkenaan bertentangan dengan fakta yang diperakui sejak zaman berzaman, bahawa pendapatan keseluruhan hasil produk tempatan tidak menggambarkan kesejahteraan kehidupan rakyat sesebuah negara.
Penyelidik berkenaan, Profesor Justin Wolfers dan Betsey Stevenson berkata, kenyataan ini yang dikenali sebagai 'Easterlin Paradox' adalah tidak benar. Berdasarkan kepada analisis data yang diperoleh sejak 50 tahun lalu di 132 negara, mereka mendapati bahawa jika sesebuah negara itu kaya, rakyatnya juga kelihatan lebih gembira.
"Dalam erti kata lain, semakin tinggi jumlah produk keseluruhan sesebuah negara, maka semakin 'lebar' senyuman rakyatnya," kata penyelidik berkenaan.
- Agensi
No comments:
Post a Comment