Beta-karotin dan vitamin C adalah antioksidan penting yang dikaitkan dengan menurunkan risiko untuk pelbagai penyakit, termasuk katarak, penyakit jantung dan beberapa jenis kanser.
Brokoli juga merupakan sumber serat yang kaya dan separuh daripada kandungan seratnya adalah serat larut dan separuh lagi adalah tidak larut, dengan itu memenuhi keperluan untuk kedua-dua jenis. Seperti sayur cruciferous yang lain, brokoli mengandungi dua fitokimia yang penting - indoles dan isothiocyanates. Penyelidik dari John Hopkins University School of Medicine di Baltimore telah berjaya mengasingkan sejenis isothiocyanate dari brokoli iaitu sulforaphane yang meningkatkan aktiviti enzim dalam badan yang menentang agen penyebab kanser.
Nilai zat brokoli segar dan dimasak.
Saiz hidangan: 1/2 cawan
Kalori: 27
Lemak: <1 g Lemak tepu: 0 g Kolesterol: 0 mg Karbohidrat: 6 g Protein: 2 g Serat: 2 g Sodium: 32 mg Vitamin A: 1207 IU Vitamin C: 49 mg Riboflavin: <1 mg Vitamin B6: <1 mg Asid Folik: 84 mikrogram Kalsium: 31 mg Besi: 1 mg Magnesium: 16 mg Mangan: <1 mg Karotinoid: 1,567 mikrogram
Sumber: Publications International, Ltd., the Editors of. "Broccoli." 15 March 2007
Dicuplik daripada Buletin Pengguna Isu Januari 2009.
No comments:
Post a Comment