Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, November 16, 2009

10 ikon bakal popularkan Perak di mata dunia


Promosi secara lebih agresif di luar negara dilakukan untuk memperkenalkan tempat-tempat menarik yang belum menyerlah di negeri ini.

10 lokasi pelancongan dengan label 10 ikon Perak bakal dipromosikan di luar negara melalui kerjasama Tourism Malaysia dan usaha itu dimulakan dengan Singapura.

Exco Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Perumahan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita, Datuk Hamidah Osman berkata, Kerajaan Negeri mensasarkan sekurang-kurangnya 3.5 juta pelancong tahun depan berbanding 3 juta pelancong ketika ini.

10 ikon berkenaan adalah hutan hujan tertua dunia iaitu Royal Belum, gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia iaitu Gua Tempurung, Pulau Pangkor, Hutan Paya Bakau Matang, bandar raya Ipoh yang terkenal dengan keindahan bukit batu kapurnya serta kepelbagaian makanan, Zoo Taiping, Taman Herba Negeri Perak, Felda Residence Hotspring di Sungai Klah, Pulau Orang Utan di Bukit Merah Laketown Resort dan Bandar DiRaja Kuala Kangsar.

Sumber: Sinar Harian

No comments: