Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, October 2, 2009

Datuk Sagor


Datuk Sagor adalah panggilan kepada Ngah Kamdin yang bergelar Datuk Seri Agar Diraja, Orang Besar Delapan Perak.

Walaupun diputerakan di Kampung Gajah, Perak, tetapi pada usia mudanya, beliau berhijrah ke Larut dan mengusahakan lombong bijih timah bersama Che Ngah Ibrahim. Hasil daripada usahanya, Ngah Kamdin menjadi kaya dan dikurniakan gelaran Datuk Seri Agar Diraja.

Beliau dikurniakan sembilan orang anak iaitu Long Mabu, Alang Siap, Uda Bidah, Itam Jailah, Anjang Abdullah, Teh Nasa, Mat Dagang, Kulob Satar dan Alang Ismail.

Walaupun Ngah Kamdin meninggalkan banyak keturunannya tetapi di antara yang sangat menonjol di kerajaan Perak adalah Teh Nasa.

Anak kedua Teh Nasa, Safiah melahirkan empat orang anak iaitu Hamzah, Ngah Mutalib, Hajjah Rahmah dan Mohd. Abas. Mohd. Abas yang bergelar Datuk adalah pemimpin masyarakat yang terkenal di Perak.

Beliau menduduki kerusi wakil rakyat selama tiga penggal iaitu satu penggal sebagai Ahli Dewan Rakyat kawasan Hilir Perak dan dua penggal sebagai Ahli Dewan Undangan Perak kawasan Hutan Melintang.

Kini beliau menganggotai Dewan Negara Negeri Perak. Anak saudara Mohd. Abas iaitu Tan Sri Ramli Ngah Mutalib pernah menjadi Menteri Besar Perak.

Sumber: Sinar Harian

No comments: