Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, August 10, 2009

Sekolah Kebangsaan Bota Kanan

Sekolah Kebangsaan Bota Kanan (imej dari pkgbota.org)

Sekolah Kebangsaan (SK) Bota Kanan terletak di luar bandar di daerah Perak Tengah, dalam sebuah pekan kecil iaitu pekan Bota Kanan. Sekolah ini diketuai seorang Guru Besar, di samping itu pentadbirannya dibantu seorang Guru Kanan 1, Guru Kanan HEM dan Guru Kanan Kokurikulum. Bilangan gurunya seramai 43 orang iaitu 14 lelaki dan 29 perempuan. Bilangan staf sokongan seramai lapan orang. Jumlah muridnya seramai 756 orang dan terdiri daripada anak kakitangan kerajaan dan penduduk kampung.

Sekolah ini di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah dan Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Sekolah Kebangsaan Bota Kanan dianugerahi 'Sekolah Harapan Negara' pada tahun 1997 bagi kategori sekolah luar bandar pada peringkat kebangsaan. Pada tahun 1995 dan 1996 sekolah ini telah memenangi pertandingan 'Keceriaan Sekolah' peringkat kebangsaan. Manakala pada tahun 1996 juga sekolah ini telah memenangi pertandingan 'Landskap' peringkat negeri Perak. Suasana pembelajaran di sekolah ini adalah begitu memberansangkan dengan pelabagai kemudahan yang tersedia. Kemudahan tersebut ialah seperti bilik darjah yang cukup, padang permainan, pusat sumber, bilik bengkel, makmal, peralatan sukan, komputer, bilik cetak dan sebagainya. Di dalam kawasan ini juga terdapatnya sebuah Pusat Kegiatan Guru (PKG), maka pelbagai kelengkapan dan kemudahan yang ada dalam PKG dapat digunakan untuk mempertingkatkan prestasi sekolah, khususnya di bidang akademik.

Sumber: Sinar Harian

No comments: