Pada awal tahun 70-an satu pasukan bola tampar telah ditubuhkan dan telah menjuarai pertandingan dalam Daerah Perak Tengah sepanjang tahun 70-an dan 80-an. Pasukan ini juga telah menjuarai kejohanan bola tampar MAYC Perak selama 10 tahun, pasukan ini juga pernah bertanding di kejohanan terbuka anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Kebanyakan pemain pasukan ini telah mewakili pasukan sekolah, daerah, institusi pengajian tinggi dan jabatan-jabatan kerajaan. Kursus-kursus ini telah dianjurkan untuk memperlengkapkan pemain serta melahirkan jurulatih dan pengadil bola tampar bertauliah di peringkat PAVA dan MAVA.
Permainan ini telah diteruskan oleh generasi ke-2 di kalangan pemuda Batu 16 dalam usaha mempertingkatkan lagi mutu permainan dengan bimbingan jurulatih yang telah mendapat kursus melalui program kejurulatihan yang telah dibuat oleh Persatuan Belia MAYC pada waktu itu.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment