Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, July 13, 2009

Tempat-tempat Ibadat di Perak

Sepanjang jalan Gopeng, kelihatan banyak tokong-tokong gua yang merupakan kebanggaan Ipoh. Nam Tin Tong, Koon Yam Tong, Sam Poh Tong, Ling Sen Tong merupakan antara tokong-tokong pertama di situ. Dinding gua dihiasi dengan pelbagai lukisan dan kaligrafi Cina yang berunsurkan agama Tao dan Buddha. Di Jalan Kuala Kangsar pula tokong gua yang paling popular adalah Perak Tong.

Paloh Ku Miew ialah tokong tertua di Ipoh, yang menyembah Tai Pak Koong, dewa tempatan yang melindungi kaum Cina apabila mereka mula-mula menetap di Ipoh. Antara penyumbang utama kepada tokong ini ialah Yau Tet Shin, seorang pelombong yang sangat terkenal pada masa itu. Tokong ini dapat dilihat daripada Jambatan Hugh Low Street (Jalan Sultan Iskandar) yang memisahkan pekan baru dengan pekan lama Ipoh.

Masjid Panglima Kinta dibina oleh Dato' Panglima Kinta. Masjid ini terletak di pekan baru Ipoh. Masjid ini juga dijadikan sebagai Masjid Negeri bagi umat Islam bersembahyang dan melakukan ibadah. Masjid ini terletak di jalan yang sama dengan kedai keranda.

kredit gambar untuk Masjid Panglima Kinta: kueee.blogspot.com

Sumber: Sinar Harian

No comments: