Pengikut dan Ex-smgrian
Tuesday, July 14, 2009
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak atau lebih dikenali sebagai Sekolah Menengah Teluk Anson sebelum itu, adalah sebuah sekolah menengah yang terletak di Teluk Intan di negeri Perak, Malaysia.
Sekolah ini dibuka pada tahun 1957 tetapi dinamakan secara rasminya pada tahun 1965. Ia adalah salah sebuah sekolah tertua yang menyediakan Aliran Melayu di seluruh Malaysia.
Semasa zaman itu, sesetengah pelajar terpaksa belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz sementara bangunan sekolah ini masih dalam peringkat pembangunan.
Pada tahun 1964, semua proses pembinaan lengkap. Ia dirasmikan Sultan Idris Shah pada 17 Januari 1965. Pada tahun 1971, beberapa blok lagi ditambah seperti Dewan Besar, blok untuk makmal untuk subjek seperti Fizik, Kimia dan Biologi. Pada tahun 1968, sekolah ini secara rasminya dijadikan Sekolah Bestari.
Sumber: Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment