Pengikut dan Ex-smgrian
Tuesday, July 14, 2009
Kolej Melayu Kuala Kangsar
Kolej Melayu Kuala Kangsar (lebih dikenali sebagai Malay College, MCKK, MC atau Kolej dan kadangkala Eton of the East) adalah sebuah sekolah berasrama penuh premier lelaki sahaja di Malaysia. Sekolah ini terletak di Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.
Moto sekolah ini, Fiat Sapienta Virtus adalah dalam bahasa Latin yang bermaksud Kebijaksanaan Mutu Manusia.
Kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan pada tahun 1905 oleh pihak British atas cadangan daripada R. J. Wilkinson, pegawai pendidikan jajahan pada masa itu. Cadangan itu disokong sepenuhnya oleh Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Azam Shah I (1886 - 1916).
Pada awalnya, penubuhan sekolah ini adalah mendidik dan melatih golongan elit Melayu yang terdiri daripada kerabat diraja.
Anak lelaki kelahiran kebanyakan sukar untuk mendapat tempat di sekolah ini.
Selepas kebangkitan nasionalisme orang Melayu pada sekitar 1947, syarat kemasukan ke sekolah ini dilonggarkan dan semakin ramai anak orang kebanyakan dapat peluang untuk menuntut di sini.
Kini anak Melayu terpilih berpeluang mengikuti pembelajaran peringkat menengah di sekolah ini.
Seorang graduan Universiti Oxford yang berasal dari Ireland, William Hargreaves mendapat penghormatan untuk menjadi pengetua pertama sekolah ini.
Sekolah ini ditadbir oleh pengetua dari Britain sehingga 1965 di mana Abdul Aziz Ismail, seorang rakyat berbangsa Melayu diambil sebagai pengetua sempena ulangtahun ke-60.
Sehingga kini rakyat lelaki berbangsa Melayu memegang jawatan tersebut.
Sumber: Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment