Pekan Chemor (imej dari j2kfm..blogspot.com)
Ustaz Dahlan Harun (Lubis), iaitu warga tertua Kampung Batu Sembilan memberitahu nama Chemor itu asalnya dari perkataan 'cemar' (chemor dalam loghat Perak) kerana gajah yang lalu-lalang di situ pada zaman silam menyebabkan tempat itu menjadi berlumpur dan tercemar.
Chemor yang dahulunya sebuah penempatan perlombongan Cina, pernah mempunyai tiga perkampungan Mandailing iaitu Kampung Dusun Gelap, Kampung Tembok Baru dan Kampung Batu Sembilan.
Kampung Dusun Gelap sudah lama pupus. Kampung Tembok Baru pula telah ditukar namanya kepada Kampung Batu Sebelas Setengah, Jalan Jelapang.
Nama Kampung Batu Sembilan tetap harum semerbak di kalangan orang Mandailing di Malaysia, biarpun desa kecil itu, kini sepi ditinggalkan.
Sumber: Sinar Harian
3 comments:
Salam,
Baru terjumpa blog ini. Saya adalah anak Kampung Tembok Baru, Chemor dan ustaz Dahlan yang dipetik dalam artikel di atas adalah pangkat pak tua saya.
zazmie zain
Salam En Zazmie,
Datuk saya merupakan orang Kampung Rawa aka Kampung Batu 9, Chemor, iaitu Hassan bin Ariffin, sudah pun meninggal pada tahun lepas. Terima kasih kerana sudi singgah di blog yang tak seberapa ini.
Saya tak pasti samada saya mengenali datuk saudara tapi pernah juga ada kawan-kawan sepersekolahan yang tinggal di kampung rawa.
Post a Comment