Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, June 1, 2009

Sekolah Kebangsaan Ulu Geruntum

Sekolah ini terletak di kawasan perkampungan Orang Asli yang dikenali dengan nama Kampung Padang Beliku.

Sekolah ini pada peringkat awalnya adalah cawangan kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Itik, Gopeng, menggunakan bangunan yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).

Pada tahun 1984, sebuah bangunan baru mengandungi tiga bilik darjah telah dibina dan pada tahun 1985 sekolah ini mempunyai pentadbirannya sendiri. Pada 1 Januari 1996, semua pentadbiran asrama telah diletakkan di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Negeri.

Dua blok asrama tiga tingkat dan sebuah bangunan tiga tingkat mengandungi bilik pentadbiran, enam bilik darjah, makmal sains, surau dan tandas siap dibina pada 2001.

Kemudahan di sekolah ini meliputi bangunan blok A, B dan C, bangunan asrama lelaki dan perempuan termasuk rumah guru.

Sumber: Sinar Harian

No comments: