Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, June 1, 2009

Info ringkas permainan Bola Jaring

Bola Jaring adalah sukan berpasukan tanpa sentuhan yang berasal daripada Amerika Syarikat, menyerupai dan berasal daripada sukan bola keranjang. Dicipta pada tahun 1895 oleh Clara Gregory Baer, seorang peneraju dalam sukan wanita.

Seperti bola keranjang, bola jaring dimainkan sama ada di gelanggang yang keras atau lembut dengan gelung atau 'rings' pada kedua-dua hujung. Gelanggang ini lebih besar dari gelanggang bola keranjang, iaitu 30.5 meter panjang dan 15.25 meter lebar.

Garisan yang lebih panjang dikenali sebagai 'garisan sisi' dan garisan lebih pendek dikenali sebagai 'garisan gol' atau base lines.

Tanda gelanggang tidak lebih lebar daripada 50 milimeter. Gelanggang adalah terbahagi kepada tiga bahagian yang mengawal di mana setiap kedudukan individu yang dibenarkan bergerak.

Terdapat tujuh pemain dalam setiap pasukan yang diberi kedudukan yang ditetapkan (sesetengah variasi remaja atau latihan hanya mempunyai lima pemain setiap pasukan). Setiap pemain perlu memakai 'bib' untuk menunjukkan kedudukan masing-masing. Setiap pemain hanya dibenarkan di sudut tertentu dalam gelanggang dan pemain yang terkeluar daripada kedudukan mereka dianggap 'offside'.

Sumber: Sinar Harian

No comments: