Pengikut dan Ex-smgrian
Monday, June 1, 2009
Gopeng
Gopeng ialah sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Ipoh, ibu negeri Perak Darul Ridzuan.
Gopeng juga terkenal dengan gua batu kapurnya, Gua Tempurung. Gua ini berada sejauh lima kilometer dari pusat bandar.
Masyarakat Gopeng sememangnya sangat bertuah kerana dikelilingi tiga bandar besar yakni Ipoh (utara), Kampar (selatan) dan Batu Gajah (barat).
Seperti pekan biasa yang terletak di luar rangkuman bandaraya, kehidupan di Gopeng tidak begitu sibuk pada hari biasa termasuklah hujung minggu. Kehidupan di Gopeng dihidupkan dengan kehadiran pasar pagi dan juga pasar malam.
Pasar pagi di Gopeng dibuat setiap Selasa atau lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Lambak Selasa. Istilah ini telah digunakan sekian lama khususnya masyarakat Melayu Rawa atau Urang Rao di Gopeng. Pada hari Jumaat pula, pasar malam diadakan di Gopeng.
Sejarah asal-usul nama Gopeng
Ada dua versi bagaimana nama Gopeng boleh wujud. Gopeng dikatakan nama seorang pelombong Cina iaitu Goh Peng. Dia seorang rakyat China yang miskin dan membantu keluarganya berikutan kebuluran dan bencana banjir besar di wilayah Kwangtung. Goh Peng berjaya menjadi pelombong yang berjaya.
Nama Gopeng juga dikatakan berasal dari nama sejenis buah pulai yang gopeng, bermaksud telah ditebuk oleh tupai. Di sini memang banyak pokok pulai, malahan terdapat sebuah tempat yang dinamakan Simpang Pulai. Nama asal Gopeng ialah Gunung Mesah. Beberapa orang penduduk di sini menjadi buruan tentera British semasa Perang Perak 1875.
Sumber: Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment