Air Terjun Lata Kinjang adalah gabungan air terjun yang bertingkat-tingkat. Sesetengahnya mempunyai ketinggian melebihi 100 meter. Ketinggian keseluruhan Air Terjun Lata Kinjang ini dikatakan melebihi 800 meter dan salah satu air terjun yang tertinggi di Malaysia. Ia terletek kira-kira 20 kilometer ataupun 15 minit perjalanan dari pekan Tapah. Di situ juga terdapat gerai makan, kebun orkid dan taman buluh.
Kuala Woh terletak sejauh 13 kilometer dari pekan Tapah. Terdapat rama-rama spesies 'Rajah Brooks' yang terdapat di kawasan ini. Terdapat juga jambatan gantung sepanjang 30 meter untuk digunakan pengunjung.
Sumber: Sinar Harian, imej dari pdttapah.perak.gov.my
No comments:
Post a Comment