Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, May 7, 2009

Sejarah dan kaedah permainan badminton

Badminton adalah sejenis sukan raket yang dimainkan oleh dua orang pemain (perseorangan) atau dua pasangan (beregu), bertentangan posisi di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring.

Bulu tangkis yang diperbuat daripada bulu ayam digunakan sebagai bola dalam permainan ini. Pemain memungut mata melalui pukulan yang melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan.

Bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi raket sebelum ia melepasi atas jaring. Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam dan dipercayai sukan ini mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir.

Di Jepun, sukan ini digelar Hanetsuki dan telah mula dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil.

Sukan ini juga dikenali sebagai 'Poona' di India semasa abad ke-18 dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan.

Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF, kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada tahun 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.

Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa.

Sumber: Sinar Harian

No comments: