Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, April 27, 2009

Panorama Perak - Sejarah Kampar

Pekan Kampar sekarang (imej dari eatingasia.typepad.com)

Raja Idris dan Ngah Johor mempunyai hubungan kekeluargaan sebagai saudara sesusuan kerana semasa kecil Raja Idris disusukan oleh ibu Ngah Jabor dan menjadi amalan biasa bagi keluarga diraja menyusukan anaknya kepada orang lain terutama dari golongan kenamaan.

Antara 1876 sehingga 1886 kemungkinan Ngah Jabor menghilangkan diri untuk bertapa atau menuntut ilmu bagi melengkapkan diri dan muncul kembali dalam kalangan umum dengan satu identiti yang baru sebagai Mohamad Jabor.

Kemungkinan pada masa menyepikan diri itu beliau membuka petempatan baru di Kampar untuk mengelakkan diri dari pengetahuan British.

Apabila daerah Kampar dibuka dengan rasmi untuk pakajan lombong pada 1894, Mohamad Jabor adalah salah seorang yang terawal memiliki lombong tersebut bertarikh 18.11.1894, seluas 8.8 hektar dengan pekerja seramai 167 orang.

Sumber : Sinar Harian

No comments: