Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, April 29, 2014

Pil Propecia


Nama saintifik bagi pil Propecia ialah Finasteride.

Propecia yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat di Amerika Syarikat pernah dijual dengan nama Proscar.

Dos yang dibenarkan bagi setiap individu ialah 1 miligram sehari.

Pil Propecia digunakan untuk mengawal keguguran rambut bagi lelaki.

Ia berfungsi dengan menukarkan hormon testosteron kepada dihidrostestosteron sekali gus menggalakkan pertumbuhan rambut normal.

Bagaimanapun, pengambilan pil itu secara berterusan dikatakan memberikan kesan sampingan yang mengejutkan.

Kesan sampingan itu ialah perubahan fizikal seperti penambahan ukur lilit pinggul serta dada.

Pil Propecia mampu merendahkan kadar hormon testosteron sekali gus menyebabkan ciri kelelakian hilang sedikit demi sedikit.

Keinginan seks juga semakin menurun manakala alat kelamin terus mengecut.

Menurut Pakar Perbidanan, Sakit Puan dan Kesuburan Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Eeson Sinthamoney, pil Propecia tidak seharusnya diambil dalam dos yang berlebihan kerana wujud elemen antiandrogen dalam ubat tersebut yang boleh menjejaskan kesihatan serta kesuburan kaum lelaki.

Ciri kelelakian setiap individu bergantung pada jumlah hormon androgen yang ada padanya. Jenis hormon androgen utama bagi kaum lelaki dikenali sebagai hormon testosteron.

Masalah keguguran rambut yang dialami oleh kaum lelaki pula sangat berkait rapat dengan penghasilan hormon androgen yang terlalu tinggi di dalam tubuh.

Apabila hormon androgen meningkat, kadar pertumbuhan rambut pula akan semakin berkurangan.

Apabila pesakit mengambil pil Propecia, kandungan antiandrogen yang ada di dalamnya mampu menyeimbangkan hormon androgen sekali gus memulihkan masalah keguguran rambut.

Kerana itu pesakit disarankan supaya mengambil pil Propecia dengan dos dan mengikut masa yang telah ditetapkan.

Apabila seseorang pesakit itu mengamalkan pengambilan pil ini secara berterusan ataupun mengambilnya secara berlebihan, tahap kesuburannya pasti akan terjejas, penghasilan sperma berkurangan manakala ciri kewanitaan mula kelihatan.

sumber: Artikel Ubat botak ubah lelaki jadi wanita oleh Muhammad Izwan Mohd. Isa, Kosmo! 16 Disember 2012.

No comments: