Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, February 26, 2014

Yusof bin Ishak

Yusof bin Ishak ialah Yang di-Pertuan Negara dan Presiden Singapura yang pertama.

Menariknya, beliau merupakan anak kelahiran negeri Perak.

Yusof bin Ishak dilahirkan pada 12 Ogos 1910 di Padang Gajah, Trong, Taiping.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Kurau, Malay School Taiping dan Sekolah King Edward Taiping pada tahun 1921 sebelum melanjutkan pelajaran di Victoria Bridge School, Singapura.

Pada tahun 1924 beliau telah dimasukkan ke sekolah Raffles Institution di mana beliau lulus Cambridge School Certificate pada tahun 1927 dengan kepujian.

Beliau kemudian diberi peluang untuk masuk ke kelas Queen's Scholarship.

Yusof bin Ishak merupakan antara perintis awal yang menubuhkan Utusan Melayu pada tahun 1939.

Beliau juga pernah menjadi Canselor Universiti Nasional Singapura.

Yusof bin Ishak meninggal dunia pada 23 November 1970.

-wikipedia.

No comments: