Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, December 5, 2013

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Institusi Raja di Malaysia


Sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan telah menjadi paksi kepada kekuatan dan perpaduan ummah di Malaysia.

Raja Berperlembagaan menjadi lambang sebuah negara yang berdaulat, bebas dan merdeka. Ia juga lambang perpaduan rakyat yang berbilang kaum.

Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan pemerintah tertinggi, sebagai Ketua Negara dan juga Ketua Agama Islam.

Pemilihan dan perlantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terletak pada kuasa Majlis Raja-Raja yang telah ditubuhkan mengikut perkara 38 Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai Ketua Negara, baginda menggalas jawatan yang amat besar yang dapat dirungkaikan dalam lima kata kunci iaitu:
  1. Undang-undang
  2. Perlembagaan Negeri
  3. Agama Islam
  4. Keadilan
  5. Keamanan

Secara tersiratnya, pengekalan Institusi Raja di negara ini adalah satu penerusan mengekalkan identiti sebuah kerajaan Melayu Islam di tanah air sebagai warisan bangsa.

Institusi ini merupakan sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat mencari perlindungan, keadilan, memberikan kesetiaan, kecintaan dan taat setia.

sumber: e-khutbah JAKIM

No comments: