Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, December 10, 2013

Nasi putih tingkatkan risiko diabetes jenis 2


Risiko diabetes jenis 2 meningkat dengan mendadak jika nasi putih dimakan dengan kerap. Kajian menunjukkan kaitan pengambilannya dengan penyakit tersebut dalam kalangan populasi Asia dan Barat.

Analisis terhadap keputusan empat kajian di China, Jepun, Amerika Syarikat dan Australia dibuat oleh penyelidik Sekolah Kesihatan Awma Harvard bagi menentukan risiko amaun nasi yang diambil.

Nasi putih ialah sejenis karbohidrat utama yang diambil di seluruh dunia dan mempunyai nilai Gl yang tinggi. Hal ini bermakna nasi meningkatkan risiko diabetes jenis 2.

Anggaran risiko diabetes jenis 2 meningkat sebanyak 10 peratus dengan setiap peningkatan hidangan nasi putih (kira-kira 158 gram).

Nasi putih mempunyai kandungan nutrien yang lebih rendah berbanding beras perang termasuk serat, magnesium dan vitamin iaitu bahan yang merendahkan risiko diabetes jenis 2.

-Kosmo!

No comments: