Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, November 21, 2013

Fitrah manusia pasangan lelaki dan wanita


Berdasarkan ayat kelapan dalam surah an-Naba' yang dipetik daripada kitab suci al-Quran:

"Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasangan."

Jelas menunjukkan bahawa manusia dijadikan secara berpasangan bagi melengkapi hidup mereka.

Maksud pasangan itu bagaimanapun perlu difahamkan secara waras. Hanya lelaki dan perempuan boleh bersatu membentuk pasangan, bukan hubungan sesama jenis yang kini diperjuangkan sesetengah manusia.

Menurut seorang pendakwah tempatan, Muhamad Riduan Zainal Abidin, perjuangan terhadap menghalalkan amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di peringkat antarabangsa memang menyalahi norma manusia.

Ujarnya, manusia memang mempunyai hak kebebasan bersuara, tetapi ia tidak boleh melibatkan isu-isu berkaitan ketetapan Allah.

Secara amnya, manusia tanpa mengira agama tidak berhak mempersoalkan fitrah manusia yang telah ditetapkan berpasangan antara lelaki dan perempuan.

"Kebanyakan pemimpin negara yang membenarkan perkahwinan sejenis berfikiran bebas dan tidak mengutamakan kepentingan agama dalam penggubalan undang-undang mereka.

"Di Malaysia sendiri ramai individu mengaku beragama, tetapi masih memperjuangkan hak kebebasan yang tidak relevan termasuk isu seksualiti. Golongan sebegini memegang falsafah Aristotle yang menyatakan, manusia mampu melakukan apa sahaja dan Tuhan hanya bertindak sebagai pemerhati.

"Mereka yang hidup berpandukan falsafah sebegini perlu tahu, sehebat mana pun falsafah yang dijunjung, ia masih perlu dipraktikkan berlandaskan akidah," kongsi Muhamad Riduan.

Kosmo! 26 April 2013.

No comments: