Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, August 5, 2013

Panjut tujuh likur


Panjut ialah sejenis bekas yang menggunakan sumbu dan minyak tanah untuk menyalakan api. Lazimnya ia dibuat menggunakan buluh, ada juga menggunakan pelita yang disangkutkan pada batang kayu.

Ketika malam tujuh likur di dalam bulan Ramadan, tradisi memasang panjut agak meriah di Kuala Kangsar sehingga terdapat gelaran Panjut Kuala Kangsar.

Menurut penduduk Kuala Kangsar, tradisi memasang panjut setiap kali malam tujuh likur itu dimulakan oleh penduduk Kota Lama iaitu pusat pemerintahan awal Kesultanan Melayu Perak.

Mengikut ceritanya, orang zaman dahulu menggunakan panjut untuk menerangi jalan bagi memudahkan mereka menunaikan solat tarawih di surau ataupun masjid terutamanya pada malam tujuh likur iaitu malam ke-27 Ramadan yang sering dikaitkan dengan malam Lailatul Qadar.

Bagaimanapun, ada pendapat mengatakan bahawa tradisi pemasangan panjut ini dipengaruhi elemen Hindu.

Terdapat juga pesta pertandingan panjut yang menyebabkan ramai orang mengabaikan solat tarawih sebaliknya sibuk membuat persiapan untuk pesta tersebut.

sumber: Artikel Panjut tujuh likur oleh Megat Lutfi Megat Rahim, Kosmo! 12 Ogos 2012.

No comments: