Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, July 10, 2013

Penyakit mental


Penyakit mental bermaksud gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan kelakuan.

Kategori penyakit mental.

Neurosis
  • Mengalami perubahan dan gangguan tanpa menjejaskan kewarasan.
  • Kemurungan, perasaan sedih melampau dan berpanjangan melebihi tempoh dua minggu.

Psikosis
  • Perubahan ketara sehingga menjejas kewarasan, mengalami halusinasi (sering merasa keliru dengan mendengar suara-suara ghaib) dan bercakap atau ketawa seorang diri.

Kecelaruan personaliti
  • Kecelaruan yang membuat seseorang itu mengalami kecacatan perwatakan dan karakter.

Faktor penyumbang
  • Genetik iaitu terdapat ahli keluarga yang pernah menghidap penyakit mental.
  • Gangguan bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik.
  • Jangkitan virus.
  • Sejarah hidup yang getir, contohnya kehilangan ibu bapa semasa kecil.
  • Sosioekonomi yang rendah.

-Kosmo!, www.epsikologi.mod.gov.my

No comments: