Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, April 3, 2013

Rawat mati pucuk dengan terapi solat

Fenomena lemah tenaga batin atau disfungsi ereksi (DE) cukup ditakuti lelaki dewasa namun tahukah anda, dengan melakukan pergerakan yang betul semasa solat, masalah tersebut boleh diatasi.

Menurut saintis bioperubatan, Prof. Ir. Dr. Fatimah Ibrahim, terdapat tiga kategori DE iaitu organik, psikogenik atau gabungan kedua-duanya.

"Di klinik terapi solat, kami hanya merawat DE jenis organik yang berpunca daripada kegagalan darah memasuki zakar atau mengekalkan ketegangannya sehingga mencapai puncak syahwat.

"Kami tidak merawat masalah DE psikogenik yang berpunca daripada stres," katanya sambil menjelaskan, fisiologi lelaki normal akan mengalami tiga atau lebih ereksi dan perubahan volumetriks (zakar mengembang) sehingga 200 peratus ketika sedang tidur.

Kaedah terapi solat yang boleh diaplikasikan sebagai rawatan mencegah, merawat dan memulihkan pelbagai jenis penyakit ini tidak hanya dikhususkan untuk orang Islam.

"Kami turut menjalankan terapi yang sama kepada orang bukan Islam. Bezanya, mereka hanya melakukan pergerakan seperti bersolat tanpa perlu membaca sebarang ayat.

"Hasilnya memang cukup memberangsangkan. Dalam kajian kes yang saya kendalikan, testimoni A pada mulanya langsung tidak mendapat ereksi ketika tidur telah menunjukkan perkembangan positif dengan mendapat satu ereksi selepas sebulan menjalani terapi solat.

"Bagi kes testimoni B pula, dalam purata dua malam, bilangan ereksi yang dialami meningkat daripada tiga ereksi kepada empat ereksi manakala tempoh ereksi turut meningkat daripada 23 minit ke 41 minit selepas menjalani terapi.

"Hasil kajian ini sangat mengejutkan kerana pakar urologi mengandaikan mereka perlu menjalani terapi sekurang-kurangnya enam bulan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan," jelas Fatimah yang memberitahu setiap pergerakan dalam solat akan mengaktifkan otot lantai baik untuk lelaki mahupun perempuan.

Dicuplik dari akhbar Kosmo! bertarikh 8 Julai 2012.

No comments: