Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, April 5, 2013

Buaya Puchong

Buaya Puchong yang telah diawetkan di Zoo Melaka

Buaya Puchong ialah buaya terbesar pernah ditangkap di Malaysia.

Ia ditangkap oleh tujuh pekerja Zoo Melaka di satu bekas lombong emas (kini tasik) di Kampung Sri Aman, Puchong, Selangor pada 24 Mac 1997 kira-kira pukul 1 pagi.

Buaya Puchong mempunyai berat 1,250 kilogram, 5.6 meter panjang dan 1.1 meter lebar.

Anggaran usia Buaya Puchong ialah 60 tahun.

Buaya Puchong buta mata kanan dan tidak memiliki banyak gigi.

Buaya Puchong mati pada 18 Jun 1997 akibat jangkitan kuman dalam perut.

Ia mula dikenal pasti pada 3 Julai 1994 dan berjaya melepaskan diri beberapa kali.

Buaya Puchong dipercayai mendiami tasik tersebut selepas berlaku banjir besar pada tahun 1960-an di Selangor.

-Kosmo!

No comments: