Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, January 15, 2013

Nostalgia buku biodata

Buku biodata atau buku autograf popular sekitar tahun 1990-an sehingga awal tahun 2000 dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Biodata remaja sering ditampal dengan gambar-gambar artis kegemaran. Antara artis yang popular ketika itu ialah New Kids on the Block, Backstreet Boys, Britney Spears, Ziana Zain dan Datuk Siti Nurhaliza.

Biodata kanak-kanak pula kerap menampilkan lukisan kartun kegemaran dan pelekat-pelekat rancangan kartun popular seperti Digimon, Pokemon, Barbie dan Doraemon.

Terdapat pelajar yang menggunakan sehingga empat muka surat bagi satu-satu biodata dan ada juga yang hanya menggunakan setengah muka surat sahaja.

Teknik popular menghias biodata adalah dengan membakar penjuru kertas menggunakan lingkaran ubat nyamuk.

-Kosmo!

No comments: