Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, January 11, 2013

Kriteria taraf bandar raya

Pemandangan bandar raya Ipoh
Bandar raya sebagai sebuah pusat pentadbiran negeri.

Penduduk sesebuah bandar yang mendapat taraf bandar raya hendaklah tidak kurang daripada 300,000 orang.

Berautonomi dari segi kewangan dengan hasil pendapatan tidak kurang daripada RM80 juta.

Mengalami perkembangan dan pembangunan ekonomi yang pesat.

Pusat perniagaan dan perindustrian serta mempunyai institusi kewangan yang kukuh.

Merupakan pusat pengajian tinggi lengkap dengan maktab (atau Institut Pendidikan Guru), universiti dan perpustakaan.

Mempunyai ciri-ciri istimewa dari segi sejarah yang panjang dan pusat aktiviti kebudayaan serta sukan yang penting.

Senarai bandar yang dinaikkan taraf kepada bandar raya di Malaysia

1. George Town, Pulau Pinang, mendapat taraf bandar raya pada 1 Januari 1957.

2. Kuala Lumpur, mendapat taraf bandar raya pada 1 Februari 1972.

3. Ipoh, Perak, mendapat taraf bandar raya pada 27 Mei 1988.

4. Kuching, Sarawak, mendapat taraf bandar raya pada 1 Ogos 1988.

5. Johor Bahru, Johor, mendapat taraf bandar raya pada 1 Januari 1994.

6. Kota Kinabalu, Sabah, mendapat taraf bandar raya pada 2 Fenruari 2000.

7. Shah Alam, Selangor, mendapat taraf bandar raya pada 10 Oktober 2000.

8. Bandar Melaka, mendapat taraf bandar raya pada 15 April 2003.

9. Alor Setar, Kedah, mendapat taraf bandar raya pada 21 Disember 2003.

10. Miri, Sarawak, memdapat taraf bandar raya pada 20 Mei 2005.

11. Petaling Jaya, Selangor, mendapat taraf bandar raya pada 20 Jun 2006.

12. Kuala Terengganu, Terengganu, mendapat taraf bandar raya pada 1 Januari 2008.

-Kosmo!, wikipedia

No comments: