Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, August 8, 2012

Guna botol minuman sendiri

Biarpun permukaan bumi diliputi dua pertiga air, tetapi hanya kurang tiga peratu merupakan sumber air segar, manakala yang boleh digunakan pula kurang satu peratus.

Disebabkan kesedaran masyarakat dunia mengenai kesihatan dan pengambilan air yang mencukupi amat digalakkan, jualan air mineral atau tapisan dalam botol pernah meningkat secara mendadak sehingga 250 peratus pada awal tahun 2000.

Namun, peningkatan tersebut boleh menyebabkan keadaan bumi bertambah 'sakit' kerana peningkatan jualan telah menyumbang pada beberapa faktor pencemaran.

Antaranya, penggunaan bahan plastik yang tinggi dan pengangkutan membawa botol minuman kadang kala mencecah perjalanan sejauh 10,000 kilometer sebelum sampai ke destinasi terakhir.

Selain itu, kebanyakan botol yang digunakan dibuang tanpa dikitar semula.

Oleh itu, adalah lebih baik jika menggunakan dan membawa botol air sendiri ke mana-mana sahaja kerana ia mampu mengurangkan kadar penggunaan plastik.

Demi kesejahteraan jangka panjang, adalah baik jika setiap rumah memasang alat penapis air pada pili dapur rumah.

Tindakan tersebut dapat mengurangkan pengeluaran karbon ke alam sekitar kerana air minuman tidak perlu dimasak terlebih dahulu.

Pilihan alat penapis juga kini sudah pelbagai jenis. Terdapat banyak alat penapis air yang memiliki fungsi bahan penukar ion yang dapat mengurangkan metal berat.

Pemilihan botol minuman pula harus terdiri daripada bahan yang boleh dikitar semula dan boleh terurai secara biologi.

Di bawah merupakan beberapa fakta yang terhasil jika kita terus membeli minuman botol tanpa ada inisiatif membawa botol air sendiri:
  • Sebanyak 1,500 botol plastik berakhir di tapak pembuangan sampah setiap saat.
  • Pada tahun 2004, sebanyak 26 bilion liter air botol dibeli yang bersamaan dengan penggunaan 28 bilion botol plastik.
  • Daripada jumlah botol plastik itu, 86 peratus daripadanya berakhir dalam tong sampah.
  • Bagi menghasilkan jumlah permintaan botol minuman pada tahun 2004, sebanyak 17 juta tong minyak digunakan pada bersamaan dengan kuantiti minyak petrol yang diperlukan oleh 100,000 buah kereta dalam setahun.
  • Setiap tahun sebanyak AS$100 bilion (RM306.7 bilion) digunakan untuk membeli air minuman berbotol.  Kajian menunjukkan jumlah tersebut membolehkan seluruh dunia mendapat air minum selamat dan sistem sanitasi yang efektif.

-Kosmo!

No comments: