Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, July 9, 2012

Tekanan bangkitkan bahagia

Stres dan kebahagiaan adalah perkara yang saling berlawanan.

Namun, tahukah anda bahawa mengalami tekanan tidak semestinya merugikan bahkan ia boleh membahagiakan.

Begitulah pendapat pembantu profesor psikologi Universiti New York di Buffalo, Amerika Syarikat, Mark Seery.

"Rahsianya, anda perlu seimbangkan tekanan dengan ketenangan.

"Orang yang sudah biasa berdepan tekanan mampu mengendalikan emosi dengan lebih baik dan berjaya mencari penyelesaian yang pelbagai berbanding orang yang tidak pernah berada dalam keadaan tertekan," kata Seery.

Kajian yang dimuatkan dalam sebuah jurnal psikologi itu merumuskan, orang yang bijak mengurus tekanan mempunyai kekuatan dalaman serta sifat yakin diri yang lebih tinggi.

"Oleh itu, jangan menganggap tekanan itu sebagai satu beban sebaliknya jadikan ia sebagai latihan untuk anda bangkit menjadi insan yang lebih kuat," katanya.

Ekstra

Menggosok pakaian adalah aktiviti di rumah yang mampu mengurangkan tekanan. Menurut pengajar meditasi, Deb Shapiro, gerakan perlahan dan berulang ketika menyeterika baju adalah serupa dengan gerakan meditasi kerana kita fokus kepada perkara yang dilakukan.

-Kosmo!

No comments: