Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, July 20, 2012

Sungai Batu, Lembah Bujang

Tapak arkeologi Lembah Bujang
Sungai Batu terletak di Lembah Bujang, Merbok, Kedah.  Ia disahkan sebagai penempatan tamadun seawal abad pertama.

Sungai Batu, Lembah Bujang membabitkan kawasan seluas tiga kilometer persegi, ia terletak di sebuah ladang sawit di tepi Jalan Lencongan Merbok.

Penemuan artifak bertarikh abad pertama atau 101 telah disahkan di Amerika Syarikat, Jepun dan Korea.

Merupakan tamadun pertama wujud di Lembah Bujang dan lebih tua daripada Manusia Perak yang ditemui di Lenggong, Perak.

Ahli arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menemui sebuah pusat tamadun yang dilengkapi monumen dan batu bersurat berbahasa Sanskrit Palawa.

Batu bersurat itu berkisar tentang puisi, mantera serta kehidupan masyarakat purba.

-Kosmo!

No comments: