Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, July 16, 2012

Makan daging secara sederhana

Daging merupakan sumber protein untuk mengekalkan kesihatan yang optimum manakala bagi kanak-kanak pula, ia membantu tumbesaran.

Terdapat dua jenis daging iaitu daging putih dan daging merah. Daging putih ialah daging ayam manakala daging merah pula ialah daging lembu, kerbau dan kambing.

Mineral yang terdapat dalam daging

Zat besi - sangat penting dalam komponen hemoglobin darah untuk membawa oksigen dalam tubuh.

Vitamin A - penting untuk kesihatan mata.

Vitamin D - pembentukan tulang dan gigi yang kuat.

Vitamin B - baik untuk fungsi saraf yang baik.

Keperluan protein rakyat Malaysia

Setengah hingga dua hidangan sehari (satu hidangan sama dengan satu genggaman orang dewasa atau dua ketul daging sebesar kotak mancis).

Daging, susu, ayam, ikan dan legum berada dalam satu kumpulan.

Dinasihat supaya mengawal pengambilan daging terutama di Malaysia yang bercuaca panas.

Pengambilan daging merah secara berlebihan boleh memberi mudarat pada kesihatan antaranya termasuklah hipertensi, jantung koronari dan peningkatan kolesterol dalam darah.

Pengambilan daging secara berlebihan boleh meningkatkan risiko kanser terutama kanser kolon atau kanser usus besar kerana kebanyakan daging ternakan telah diberi antibiotik dan hormon tumbesaran.

Proses penghadaman daging mengambil masa yang lama dan jika seseorang itu kurang makan sayur-sayuran atau sumber serat yang lain, ia akan memburukkan lagi keadaan.

Paling baik adalah mendapatkan diet yang seimbang setiap hari mengikut piramid makanan.

Seorang individu perlu mengambil empat hingga lapan sajian karbohidrat seperti nasi dan bijirin. Untuk sayur-sayuran pula, sebanyak tiga sajian diperlukan manakala buah-buahan pula sebanyak dua sajian.

sumber: Adlan Jaafar, Cherlyn Lee Chin, Prof. Madya Dr. Shariza Abdul Razak, Kosmo!

No comments: