Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, June 27, 2012

Penggunaan dakwat kekal ketika pilihan raya

Dakwat pilihan raya atau dakwat kekal merujuk kepada dakwat atau pencelup separa-kekal yang ditanda pada jari telunjuk pengundi semasa pilihan raya dengan tujuan mengelakkan penipuan pilihan raya seperti pengundian berganda.

Ia digunakan secara meluas di negara dunia ketiga seperti Mesir, India, Filipina dan Indonesia.

Dakwat ini tidak dapat dihilangkan, kalis air dan tahan selama beberapa hari atau hampir seminggu.

Ia akan hilang apabila sel kulit lama mati dan digantikan dengan sel kulit baharu oleh itu sebarang tanda pada kutikel dijamin hilang dalam tempoh dua hingga tiga minggu.

Namun terdapat sesetengah dakwat kekal memiliki jangka hayat simpanan yang pendek kerana pelarut yang digunakan cepat terpeluwap.

Calon tidak dibenarkan menarik diri atau membuat bantahan selepas proses pencalonan selesai.

SPR memutuskan untuk mempamerkan daftar pemilih 14 hari berbanding tujuh hari sebelum ini.

Membenarkan Orang Kelainan Upaya (OKU) ditemani oleh orang yang dipercayai selain ahli keluarga dan saudara-mara terdekat namun mereka perlu berumur 21 tahun ke atas dan warganegara Malaysia.

sumber: Kosmo!, ehow.com

No comments: