Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, June 13, 2012

MyCorps

MyCorps adalah program perintis Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan salah satu inisiatif Generasi Y melalui Makmal Transformasi Pembangunan Belia 2010.

MyCorps diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mei 2011 sempena Program Himpunan Sejuta Belia.

Ia bertujuan menjana modal insan melalui penyediaan tenaga sukarelawan elit yang bertindak sebagai 'role model'.

Keahlian terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 hingga 30 tahun.

Pemohon perlu menjalani temu duga dengan KBS sebelum diserap dan seterusnya menjalani Kursus Intensif MyCorps.

MyCorps mendapat kerjasama Malaysian Relief Agency (MRA), Yayasan Salam Malaysia (SALAM) dan Global Piece Mission (GPM).

Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari www.mycorps.my atau menghubungi 03-91719204.

-Kosmo!, Kementerian Belia dan Sukan

No comments: