Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, April 27, 2012

Penyakit materialistik serang kanak-kanak

Seorang pengkaji Universiti Pennsylvania, Michele Borba berpendapat, kanak-kanak zaman ini dihinggapi penyakit materialistik.

Namun, ada cara bagi mengikis sifat itu iaitu dengan mengajar lebih banyak unsur moral seperti memberi sumbangan dan menjalin hubungan baik kerana ia lebih bernilai daripada kebendaan.

Kata Borba dalam artikel No More Misbehavin, ibu bapa boleh mengehadkan waktu menonton televisyen anak masing-masing kepada dua jam sehari bagi mengelakkan iklan mempengaruhi mereka.

Ibu bapa juga menjadi contoh dengan mengurangkan pemakaian produk berjenama mahal sebaliknya menggunakan barangan harga patut tetapi praktikal.

Jelas Borba, hadiah barangan mahal semasa hari jadi boleh digantikan dengan pemberian kad buatan sendiri sekali gus mendorong hubungan rapat dengan anak-anak.

Beliau juga berpendapat ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak berbelanja mengikut keutamaan seperti membuat perancangan kewangan khususnya bagi barangan keperluan persekolahan.

Paling penting, ajar anak belajar menderma kepada orang lain selain menanam sifat berdikari.

sumber: Kosmo!

No comments: