Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, March 2, 2012

Menara Condong Teluk Intan

Menara Condong Teluk Intan dibina pada tahun 1885 dengan fungsinya sebagai tangki air sekiranya berlaku kemarau dan juga berperanan sebagai penentu waktu bagi penduduk bandar Teluk Intan.

Ia dibina menegak oleh arkiteknya, Leong Choon Cheong namun ia mula condong setelah berlaku banjir besar pada tahun 1889 dan 1895.

Menara Condong Teluk Intan terletak di antara pertemuan dataran segi empat iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar di kiri dan kanan menara.

sumber: Kosmo!

No comments: