Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, February 3, 2012

Kuasa belaian ibu dan penyusuan ibu kurangkan alahan


Kebiasaannya selepas seorang wanita melahirkan anak, bayi tersebut akan diletakkan di pusat jagaan bayi di hospital atau di sebelah katil ibunya agar ibunya dapat berehat.

Bagaimanapun, menurut kajian terbaharu yang disiarkan dalam jurnal Biologi Psikiatri, tindakan memisahkan ibu dan anak sebenarnya memberikan tekanan kepada si bayi.

Pengarang Biologi Psikiatri, Dr. John Krystal berkata, sentuhan dan belaian ibu dapat mengurangkan tekanan fisiologi untuk bayi.

Kajian tersebut mendapati, bayi memahami lebih baik sekiranya bersentuhan dengan ibu mereka berbanding berada di dalam inkubator.

Hari ini kira-kira satu dalam empat kanak-kanak di Eropah mengalami alahan. Namun, bukti menunjukkan penyusuan ibu membantu untuk mengurangkan tanda-tanda awal alergi.

Pengerusi Pediatric Allergy and Asthma Meeting (PAAM 2011), Prof. Halken berkata, penyusuan badan untuk empat hingga enam bulan pertama menunjukkan ia mengurangkan risiko untuk ekzema atopik.

Ia dicadangkan menjadi amalan lebih ramai ibu kerana kajian melaporkan bahawa kanak-kanak dengan dermatitis atopik dan mempunyai latar belakang keluarga menunjukkan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat asma pada kemudian hari.

sumber: Kosmo!

No comments: