Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, February 1, 2012

8 tip makanan secara sihat

  1. Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil.
  2. Pilih makanan yang rendah kalori seperti buah-buahan serta makanan yang kurang berminyak, berlemak dan bersantan.
  3. Pilih makanan yang tinggi serat untuk mengelakkan sembelit pada musim perayaan.
  4. Hadkan pengambilan makanan manis seperti kuih bakul, biskut manis, gula-gula serta coklat.
  5. Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut.
  6. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam seperti kerepek dan keropok.
  7. Banyakkan minum air kosong berbanding air manis
  8. Jangan sesekali mengambil minuman beralkohol.  Minuman yang beralkohol selain haram di sisi agama Islam ia juga memudaratkan kesihatan.

Contoh bilangan hidangan yang baik untuk kesihatan:
  • 2 keping roti = 1 hidangan
  • 2 senduk nasi (separuh pinggan) = 1 hidangan
  • 1/2 cawan sayur-sayuran berdaun hijau (2 sudu makan) = 1 hidangan
  • 1 potong betik = 1 hidangan
  • Sebiji epal atau oren = 1 hidangan
  • 8 biji anggur = 1 hidangan
  • 1 gelas susu segar = 1 hidangan
  • 4 sudu susu tepung = 1 hidangan

sumber: Kosmo!

No comments: