Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, August 16, 2011

Tujuh amalan yang lebih sihat semasa membeli juadah di bazaar Ramadhan

  1. Sediakan senarai juadah yang hendak dibeli sebelum ke bazaar Ramadhan dengan mengambil kira keperluan kalori harian.  Seboleh-bolehnya beli makanan seperti yang disenaraikan sahaja.  Ini juga boleh mengelakkan pembelian tidak terancang (impulse buying).
  2. Beli sekurang-kurangnya dua jenis buah-buahan segar untuk berbuka setiap hari.  Selain sumbangan vitamin dan mineral, buah-buahan membekalkan serat yang penting untuk mengelakkan kejadian sembelit di bulan puasa.
  3. Minta kurangkan sos cili, sos tomato dan mayonis yang ditambah pada burger, hotdog, roti john atau kebab yang dipesan.
  4. Minta kurangkan air gula yang ditambah ke dalam minuman jus buah-buahan atau kordial berperisa yang dibeli.
  5. Hadkan pembelian kuih muih kepada dua jenis sahaja setiap hari.  Jika pilihan anda adalah kuih yang bergoreng atau bersantan, hadkan pembelian kepada selang sehari.
  6. Pastikan juadah utama anda mempunyai sayur-sayuran segar dan beli sekurang-kurangnya dua lauk sayur setiap hari.
  7. Jadikan ikan sebagai pilihan utama lauk anda berbanding ayam atau daging sebagai sumber protein.  Pilih lauk pauk yang masak dengan cara yang lebih sihat seperti panggang, rebus atau kukus.
sumber: infosihat.gov.my

No comments: