Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, June 29, 2011

Teknik Snowball Effect


Snowball Effect merupakan teknik pengurusan kewangan bagi menyelesaikan masalah hutang dan mengambil proses bola salji yang berlaku iaitu yang bermula kecil dan akhirnya menjadi besar.

Ia melibatkan proses menyenaraikan kesemua hutang mengikut urutan jumlah tertinggi ansuran, baki hutang, kos pinjaman, tempoh bayaran dan kadar faedah.

Susun bermula dari yang paling sedikit hingga yang banyak selain menyatakan ia hutang rasmi dan tidak rasmi.

Selesaikan hutang yang sedikit dahulu dan perlu membayar kesemua hutang dengan jumlah minimum jika ia hutang yang melibatkan kadar faedah yang tinggi.

Jika bayaran ansuran hutang melebihi 20 peratus pendapatan bulanan, tindakan segera perlu dilakukan sebelum seseorang itu menjadi hamba hutang.

Mengenal pasti kos hutang, ansuran dan tempoh bayaran balik. Jumlah ansuran terbahagi kepada dua bahagian iaitu pinjaman pokok dan bayaran faedah.

Contoh, ansuran bulanan rumah anda RM1,100, kemungkinan RM400 digunakan untuk bayaran pokok, RM700 digunakan oleh pihak bank untuk membayar faedah bagi pinjaman tersebut.

sumber: FOMCA, Kosmo!

No comments: