Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, April 5, 2011

Mexico

Mexico menempuh tiga tamadun yang terbesar, pernah dijajah oleh Sepanyol selama 300 tahun sehinggalah pemberontakan penduduknya yang membawa kepada kemerdekaan Mexico pada 1821.

Mexico bersempadan dengan Amerika Syarikat di sebelah utara, Belize dan Guatemala di sebelah tenggara, Teluk Mexico di sebelah timur manakala daerah Baja, California yang dimiliki Amerika Syarikat di sebelah barat.

Populasi penduduk Mexico seramai 112 juta orang.

Ibu negara Mexico ialah Mexico City.

Bandar yang terbesar di Mexico ialah Mexico City manakala bandar kedua terbesar ialah Guadalajara.

Bahasa pertuturan di Mexico ialah bahasa Sepanyol manakala mata wang yang digunakan ialah Mexican Peso.

Guadalajara adalah ibu negeri wilayah Jalisco dan merupakan tempat asal bagi arak Mexico yang terkenal iaitu tequila dan muzik Mariachi.

Populasi penduduk di bandar Guadalajara seramai 1.6 juta orang dan menjadikannya sebagai bandar ke-10 paling ramai penduduk di Amerika Latin.

Bandar Guadalajara

Nama Guadalajara diambil dari nama sebuah bandar di Sepanyol yang dikatakan berasal dari perkataan Arab 'wad-al-hayara' yang bermaksud 'Valley of Stones' atau Lembah Batu.

Tarikan utama di Guadalajara adalah bangunan lama seperti Gereja Metropolitan, astaka ilustrasi lelaki dan wanita Jalisco serta beberapa taman awam.

Astaka Ilustrasi Lelaki dan Wanita Jalisco atau 'Rotunda of Illustrious Jalisco Men and Women' dibina pada 1952 untuk mengenang tokoh-tokoh utama seperti pelukis terkenal Jose Clemente Oroczo dan tokoh politik, Efrain Gonzalez Luna.

Tasik terbesar di Mexico ialah Tasik Chapala yang terletak di Guadalajara.

Mexico pernah melahirkan seorang lagenda bolasepak iaitu Hugo Sanchez yang dikenali sebagai Pentapichichi.

Hugo Sanchez pernah mewakili kelab bolasepak Sepanyol, Real Madrid dan mewakili Mexico dalam kejohanan Piala Dunia sebanyak tiga kali iaitu 1978, 1986 dan 1994.

Sumber: artikel Hola Guadalajara! tulisan Nur Izdihar Amir Hamzah, ruangan Kembara Berita Minggu, 6 Februari 2011

No comments: