Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, March 30, 2011

Pembedahan ganti siku


Pembedahan menggantikan seluruh siku adalah prosedur rekonstruktif bagi menggantikan tulang pada sendi siku dengan implan atau sendi tiruan.

Sendi siku berfungsi sebagai penyambung kepada dua tulang iaitu satu pada tulang lengan atas atau dipanggil humerus dan satu pada lengan bawah (ulna).

Dalam pembedahan siku, bahagian anggota yang rosak akan dikeluarkan dan siku digantikan dengan implan atau bahagian tiruan.

Prosedur menggantikan keseluruhan siku hanya akan dilakukan apabila berlaku ketidakstabilan antara tulang atas dengan tulang bawah lengan sehingga ia rosak.

Mereka yang perlu menjalani pembedahan ganti siku:
  • Pesakit yang sentiasa kesakitan dan terpaksa bergantung kepada ubat tahan sakit.
  • Pesakit yang tidak boleh menggunakan lengan.
  • Siku yang rosak akibat penyakit osteoarthritis, rheumatoid arthritis.
  • Tulang yang rosak teruk.
  • Tumor atau ketumbuhan di dalam atau sekitar siku.

Pesakit yang perlu menjalani prosedur ini perlu ditandai dengan kesakitan. Jika sendi rosak tapi fungsi pergerakan baik dan tidak sakit, pakar tidak boleh sewenang-wenangnya menukar siku berkenaan.

Kebanyakan bahagian implan yang digunakan di negara ini diperbuat daripada bahan kobalt kromium.

Antara puca kerosakan siku termasuk pembedahan siku sebelumnya yang kurang berjaya, masalah sendi atau radang sendi seperti osteoarthritis dan rheumatoid arthritis, tulang rosak teruk di bahagian atas (humerus) atau bawah lengan (ulna) berdekatan siku, kerosakan teruk atau tisu koyak teruk dalam siku dan tumor di dalam atau sekitar siku.

Kebanyakan pesakit yang menjalani pembedahan ini adalah akibat trauma atau kemalangan.

Pembedahan ini hanya disarankan sekiranya kaedah perubatan lain tidak memberikan kesan yang memuaskan.

Ia bertujuan untuk membina semula dan mengembalikan fungsi walaupun tidak seperti sedia kala.

Sekiranya pesakit mengalami kerosakan yang teruk hingga tidak cukup tulang pada siku, pakar boleh menggantikannya dengan tulang orang mati menerusi kaedah graf tulang atau allograf (tisu orang lain).

Risiko yang perlu diberi perhatian:
  • Kerosakan saraf semasa pembedahan
  • Implan longgar selepas beberapa lama
  • Kerosakan salur darah
  • Tulang retak ketika pembedahan
  • Implan haus
  • Alahan terhadap implan

Kesan positif kepada individu:
  • Fungsi pergerakan lebih baik walaupun agak terhad
  • Bebas daripada kesakitan

Yang perlu dihindari setelah membuat pembedahan ganti siku:
  • Tidak boleh mengangkat beban melebihi lima kilogram

Implan boleh tercabut atau terkeluar daripada sendi asalnya dan menyebabkan komplikasi lain.

sumber: Berita Minggu

No comments: