Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, March 18, 2011

Pekan Borong Nilai 3


Sehingga Februari 2010, sejumlah 608 lot perniagaan telah didaftar beroperasi di Pekan Borong Nilai 3, Negeri Sembilan.

Pekan Borong Nilai 3 mula beroperasi sejak Disember 2001 dengan 25 lot niaga.

Statistik menunjukkan Pekan Borong Nilai 3 menerima 10,000 hingga 20,000 pengunjung pada hari biasa dan 100,000 hingga 150,000 pada hujung minggu.

Kebanyakan barangan yang dijual diimport terus dari kilang di China, Thailand dan Indonesia.

Buat masa ini, pihak pengurusan Pekan Borong Nilai 3 memfokus kepada operator industri fesyen, produk kecantikan, hadiah dan cenderamata, produk pelancongan, barangan elektrik dan elektronik, komputer dan gajet, perkakasan rumah, makanan dan juga hotel bajet.

Satu usaha untuk mengatur pengangkutan penumpang dari KLIA dan LCCT ke Nilai 3 sedang diusahakan.

Selain itu, pihak pengurusan turut meminta papan tanda disediakan di Lebuh Raya Utara-Selatan.

Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan menyasarkan peningkatan 20 peratus jumlah pengunjung ke Nilai 3 pada tahun 2011.

sumber: Kosmo!

No comments: