Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, March 22, 2011

Mengkudu


Pokok mengkudu merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara Asia yang lain.

Nama botaninya ialah Morinda citrifolia L.

Buah mengkudu dikenali dengan pelbagai nama mengikut negara, antaranya nono, noni, lada, nhau, bumbo dan kura.

Di Malaysia ada dua spesies mengkudu iaitu mengkudu besar dan mengkudu kecil (Morinda elliptica).

Daunnya berukuran 15-25 sentimeter panjang, 6-10 sentimeter lebar dan berwarna hijau muda.

Bunganya kecil dan berwarna putih manakala berbentuk bujur dan bersaiz kira-kira 5-10 sentimeter panjang, 2-4 sentimeter lebar.

Isi buah mengkudu lembik dan berjus apabila masak.

Mengkudu kecil mempunyai daun yang runcing, berukuran 12.7 sentimeter panjang dan 3-4 sentimeter lebar.

Buahnya kecil, berukuran 2-2.5 sentimeter panjang dan 1-1.5 sentimeter lebar, berwarna kehitaman apabila masak.

Sumber: Kosmo!

No comments: