Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, February 1, 2011

MRT dan LRT


MRT

Kawasan MRT menyeluruh terutama di kawasan penduduk berkepadatan tinggi.

MRT terdiri daripada beberapa sistem transit aliran ringan (LRT) dan perkhidmatan bas.

Kebanyakan MRT menggunakan satu sistem tiket untuk semua laluan.

Terdapat beberapa stesen yang berdekatan antara laluan berbeza untuk memudahkan penumpang menukar arah aliran.

Waktu perkhidmatan yang seragam bagi semua arah aliran.

Negara Taiwan dan Singapura yang mempunyai sistem MRT mampu menampung bilangan penumpang yang besar seperti contoh Taipei Rapid Transit System melibatkan purata 1.5 juta penumpang sehari dan MRT Singapura dengan bilangan penumpang kira-kira 1952 juta sehari.


LRT

Hanya beberapa kawasan sahaja yang mendapat liputan LRT.

Ia hanya terdiri satu atau dua laluan sahaja. Contoh, Aliran Kelana Jaya atau Aliran Ampang di Malaysia.

Ia menggunakan sistem tiket yang berbeza-beza di setiap kawasan.

Stesen-stesen kadangkala jauh antara dua aliran yang berbeza.

Waktu perkhidmatan yang berbeza bergantung kepada operasi dan operator transit aliran ringan.

Paling tinggi LRT di Malaysia hanya membawa purata 326,000 penumpang sehari dan angka itu dicatatkan pada tahun 2008.

Sumber: Kosmo!

No comments: