Pengikut dan Ex-smgrian

Saturday, February 12, 2011

Buah pinggang


Buah pinggang berfungsi mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit serta galian daripada darah. Bahan-bahan itu disingkirkan bersama air sebagai air kencing.

Apabila penyakit buah pinggang berlaku dalam jangka masa pendek, ia dikenali sebagai kegagalan buah pinggang akut.

Lazimnya ia disebabkan serangan akut pada buah pinggang. Penyakit pada peringkat ini boleh dirawat.

Penyakit buah pinggang akut biasanya menyebabkan simptom seperti:
  • Darah dalam air kencing
  • Bengkak muka, tapak kaki, buku lali dan kaki
  • Tekanan darh tinggi
  • Sesak nafas

Simptom tersebut kerap berlaku pada kanak-kanak kerana mereka lebih cenderung menghidap kegagalan buah pinggang akut. Ini tidak bermakna golongan dewasa bebas daripada penyakit ini.

Pesakit buah pinggang kronik tidak mengalami sebarang simptom pada peringkat awal tetapi fungsi buah pinggang menurun. Simptomnya adalah:
  • kelesuan
  • kerap membuang air kecil
  • tangan atau kaki bengkak dan kebas
  • hilang selera makan
  • kesukaran hidup
  • kulit gatal
  • sakit kepala yang kerap
  • warna kulit gelap
  • loya atau muntah-muntah
  • kekejangan otot

Definisi dialisis

Dialisis adalah rawatan yang mengambil alih fungsi buah pinggang. Anak anda mungkin memerlukan dialisis apabila menghidap kegagalan buah pinggang di peringkat akhir (end stage renal failure). Rawatan itu mungkin diperlukan sepanjang hayat kecuali anak anda mendapat buah pinggang baru.

Jenis-jenis dialisis
  • Hemodialisis (HD)
  • Peritoneal dialysis (PD)
  • Continuous ambulatory peritoneal dialysis (CAPD)
  • Continuous cycling peritoneal dialysis (CCPD)

Hemodialisis

Buah pinggang tiruan (haemodialyzer) yang disambung dengan mesin penapis. Ia berfungsi membuang sisa-sisa kotoran dan cecair berlebihan dari badan. Prosedur itu dijalankan di unit khas (unit hemodialisis) di hospital dan memakan masa empat jam setiap sesi, tiga kali seminggu. - Kosmo!

No comments: