Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, January 27, 2011

Pelalian HPV


Tujuan suntikan pelalian HPV adalah bagi meningkatkan ketahanan badan terhadap risiko kanser pangkal rahim atau dikenali kanser servik yang menjadi punca utama kematian wanita.

Pelalian untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV diberi melalui suntikan di lengan sebanyak tiga kali dalam tempoh enam bulan.

Suntikan kedua diberikan dalam tempoh sebulan dari suntikan pertama manakala suntikan ketiga enam bulan selepas suntikan pertama.

Vaksin yang digunakan untuk pelalian ini tidak mengandungi produk yang meragukan dan tidak menyebabkan kemandulan.

HPV adalah akronim bagi Human Papilloma Virus.


Human Papillomavirus
  • Jangkitan HPV pada servik dikenalpasti antara penyebab utama kanser servik.
  • Pelalian HPV dapat melindungi dari jangkitan HPV jenis 16 dan 18 dan mengurangkan risiko mendapat kanser servik.
  • Kementerian Kesihatan Malaysia memberi pelalian HPV secara percuma kepada semua murid perempuan Tingkatan 1 dan remaja perempuan warganegara Malaysia yang berumur 13 tahun.

Sumber: www.myhealth.gov.my

Talian Kementerian Kesihatan Malaysia 1-800-88-1478 (HPV)

No comments: