Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, November 24, 2010

Bazar Bulat


Antara mercutanda yang menjadi nostalgia kepada sesiapa yang membesar di bandaraya Ipoh sekitar tahun 70'an dan 80'an. Bangunan ini terletak di Pasar Yau Tet Shin dan berhampiran dengan Jubilee Park di pusat bandar Ipoh. Sayangnya bangunan ini telah dirobohkan pada penghujung 90'an dan kini ia dijadikan kawasan meletak kereta.

Bangunan ini unik kerana ia berbentuk bulat. Bangunan ini menempatkan kedai-kedai terutamanya kedai pakaian. Bazar Bulat juga dikenali kerana restoran nasi ayamnya yang terkenal sehingga sekarang iaitu restoran Nasi Ayam Bazar Bulat dan sebuah studio rakaman yang dikenali sebagai Studio SYJ di mana sebuah kumpulan rock tempatan yang terkenal sekitar tahun 80'an iaitu SYJ telah ditubuhkan di sini.

2 comments:

Hasnunniza Hashim said...

Antara kenangan lama:
Tempat mencari/membeli pelbagai jenama kasut sukan & jeans yang terbaik di sekitar Ipoh pada era kegemilangnya.

Unknown said...

tmpt aku beli kasut Lecoq Sportif pd thn 1988.... time tu study kat PUO.... beli kasut guna duit scholarship, hehe....